10 Panduan Clickbank PERCUMA
Salam sejahtera.
Hari ini saya telah berkongsi 10 Teknik Menghasilkan Duit Melaui Clickbank. Produk ini dihasilkan oleh seorang IM tempatan yang terkenal. Dulu teknik ini saya beli.
Boleh DOWNLOAD PERCUMA pada link di bawah ini.
Maaf kerana coretan saya kali ini amat pendek.
3 Tempat Terbaik Menjual Produk Fizikal Di Internet
Salam...
Sudah lama saya tak update blog saya ini kerana ada sedikit kerja yan perlu dibereskan.. Kali ini saya ingin berkongsi pegalaman saya di mana tempat dan bagaimana untuk memulakan tempat menjual produk-produk fizikal di internet. Ramai rakan dan sahabat saya selalu tanya saya, "macam mana nak buat meniaga kat internet?" "susah ke nak berniaga online?" dan macam-macam lagi.. Penat nak menjawabnya. Dah jawab tapi tak pulak nak buat.
Ini tempat di mana boleh dikatakan hari-hari saya mendapat "duit gaji" . Untuk mula berniaga di lelong amat mudah. Anda hanya perlu daftar sahaja (percuma) dan boleh terus menjual. Cuma jika anda inginkan iklan anda mudah mendapat perhatian, ada sedikit bayaran dikenakan. Bayaran ini hanya sekali sahaja setiap posting, tetapi untung yang dijana berkali-kali.
Untuk permulaan, anda boleh mula membeli dulu di sana. Supaya anda dapat membiasakan diri di lelong sebelum mula menjual.
Lelong mempunyai hampir atau melelebihi 1,000,0000 (1 juta) atau lebih orang yang mengunjung setiap bulan. Bayangkan anda membuka kedai di tempat yang ramai orang, mudah tak produk anda untuk dijual berbanding membuka kedai di tempat yang jarang-jarang orang datang. (lain la kalau jual dadah.. heehehe)
Jika anda ingin mendapatkan bekalan produk-produk kesihatan lelaki & wanita boleh lihat di link ini www.pakarlelaki.com/agen
2. ebay.com.my
Ini satu lagi tempat sama juga seperti di lelong.com.my. tapi di Malaysia agak kurang meriah berbanding di luar sana seperti US dan Kanada. ebay juga mempunyai satu komuniti pembeli yang agak besar. Jika anda ingin menjual produk fizikal ke luar negara, cubalah berjinak0jinak dengan ebay.com , ebay.com.au, ebay.com.ca dan sebagainya. Saya ada rakan yang menjual produk ke sana, memang sambutan agak meggalakkan. Di Malaysia sendiri ramai yang telah menjana puluhan ribu ringgit setiap bulan dengan berniaga di ebay seperti Shahraduan (anda boleh search beliau di google)
3. Mudah.my
Mudah.my sudah mula mendapat perhatian di kalangan pembeli dan penjual di Malaysia. Anda boleh juga menjual di sana. Semuanya PERCUMA. Mana ada tempat boleh kita jua produk dengan tanpa sewa?? Tumpang letak pun kene bayar sedikit komisyen. Saya pernah menjual hanset di sini.
Di sini ada orang beraya menjual rumah, kereta, motorsikal yang berharga ratusan ribu ringgit dengan mudah (nama pun mudah
). tapi harus diingat, ia tidak semudah letak dan tinggal.
Tapi di mudah.my ini, produk berbentuk kesihatan, herba, makanan dan sebagainya tidak dibenarkan sama sekali.
Untuk panduan berniaga di mudah, ada seorang yang amat berpengalaman menjual produk-produk di sana berkongsi cerita Bagaimana Cara Mudah Menjana Pendapatan di Mudah.my. Anda boleh klik di sini http://dot-my.com/
Ayuh, jangan bertangguh. Terus mulakan sekarang. Tempat dah ada.
Tips bagaimana untuk menggunakan teknik pemasaran emel secara berkesan
Pemasaran Emel
Internet telah menyediakan kepada kita jalan pemasaran kos rendah. Ia telah memberikan alat-alat maya yang boleh memberikan keputusan yang boleh dibandingkan dengan keputusan hasil dari penggunaan teknik pemasaran popular yang lain.
Mail elektronik atau 'email' adalah satu daripada tool pemasaran yang digunakan secara meluas di Internet. Ada yang menggunakan program-program affiliate, link-link, produk percuma dan lain-lain gimik untuk pemasaran di Internet, tetapi kebanyakan pemilik bisnes menggunakan pemasaran emel.
Emel menyediakan spektrum baru kepada pemilik bisnes dalam menggunakan Internet sebagai medium pemasaran. Jutaan pengguna Internet menggunakan emel untuk menerima maklumat dengan cepat. Walaupun begitu, seseorang pemilik bisnes itu hendaklah berhati-hati apabila menggunakan pemasaran emel sebagai strategi untuk mempromosikan produk atau servisnya.
Artikel ini cuba untuk menjelaskan selok-belok dalam dunia pemasaran emel selain dari menyediakan tips dan cadangan tentang bagaimana untuk menggunakan pemasaran emel dengan betul.
Katakanlah, ada seorang pemilik bisnes memiliki sebuah produk yang bagus dan dia mahu menjualnya di Internet. Dia sudah pun mempunyai sebuah laman web sebagai portal untuk memudahkannya menerima pesanan dari pelanggan dan menyiarkan maklumat berkaitan dengan produknya itu. Laman webnya mengandungi maklumat yang lengkap dan berguna tentang produk tersebut selain mempunyai rekabentuk yang menarik. Masalahnya, tidak ada orang yang mengunjungi laman webnya yang hebat itu. Di samping menggunakan teknik pemasaran yang lain, dia juga menggunakan teknik pemasaran emel dalam usaha menarik pengunjung ke laman webnya sekaligus menukarkan mereka kepada pelanggannya.
Di bawah ini disediakan beberapa tips bagaimana untuk menggunakan teknik pemasaran emel secara berkesan:
1) Menyertai e-group
Terdapat banyak kumpulan-kumpulan yang memfokuskan kepada pasaran-pasaran tertentu. Berjuta-juta senarai emel dan e-group telah sedia ada dan boleh digunakan oleh pemilik bisnes untuk menumpukan usaha kepada pasaran yang menjadi sasarannya.
Bagaimanapun, seseorang pemilik bisnes itu hendaklah berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan dalam pemasaran emel yang boleh merosakkan reputasi bisnes dan produknya di mata para prospek.
Dia boleh menyertai e-group yang wujud itu dan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan 'feel' umum tentang apa yang berlaku di dalamnya. Ini bolehlah diistilahkan sebagai pencerobohan pasaran. Pemilik bisnes tersebut boleh membuat komen ringkas berkaitan sesuatu topik untuk membina kredibiliti di mata para ahli e-group tersebut.
2) Penulisan yang menarik
Menggunakan metod pemasaran emel membolehkan seseorang pemilik bisnes itu mendedahkan lebih banyak maklumat tentang produk atau servisnya dalam usaha mempengaruhi pembaca untuk mendapatkan produknya itu. Ketika memasukkan iklan ke dalam emelnya, pemilik bisnes itu perlulah menjadikannya mudah untuk dibaca dan difahami oleh prospek.
Bahagian pertama emel itu hendaklah mampu menangkap perhatian pembaca. Baris pertama dalam kandungan emel tersebut mestilah mempunyai pembayang tentang apakah yang ingin disampaikan oleh penghantar melalui emel tersebut.
Maklumat yang cukup tentang produk itu hendaklah disertakan sekali dalam emel tersebut. Kandungan emel itu seboleh-bolehnya sudah pun mengandungi jawapan-jawapan untuk soalan umum dari para pembaca. Kemudian para pembaca hendaklah digesa untuk mengambil tindakan yang sepatutnya setelah membaca emel tersebut. Kandungan emel itu hendaklah ditulis dengan begitu baik dan teliti sehingga dapat mempengaruhi pembaca segera mengunjungi laman web penghantar emel itu dan membuat pesanan produk berkaitan.
3) SPAM
Peraturan paling asas dalam pemasaran emel; jangan sesekali melakukan spam! Spam adalah istilah yang digunakan untuk merujuk emel-emel yang tidak diundang. Spam bukan sahaja membosankan, bahkan menyemakkan inbox pengguna dan menghalang emel-emel lain yang lebih penting untuk tiba ke inbox penerima. Bagi mereka yang pernah menerima emel-emel spam tahu bahawa emel sampah yang berunsurkan komersial fizikal lebih senang untuk dijauhi berbanding dengan emel spam. Emel spam memakan ruang emel yang mana dihantar oleh pihak yang menggunakan perkhidmatan mass mailing secara tidak sah.
Ini semua hanyalah asas dalam pemasaran emel. Tidak kiralah apa yang anda ingin lakukan melalui pemasaran emel, jangan sesekali mendekati perbuatan spam. Bukan saja ianya mengundang bahaya kepada perniagaan anda, bahkan merosakkan kredibilit dan reputasi anda dan produk atau servis anda di mata komuniti Internet seluruhnya. Kesimpulannya, pemasaran emel merupakan strategi pemasaran yang sangat berkesan jika digunakan dengan betul dan mematuhi segala peraturan dan undang-undangnya.
Pemasaran Emel Pukal – Apakah Kesannya Terhadap Bisnes Anda?
Hari ini, terdapat pelbagai jenis strategi pemasaran dalam dunia perniagaan. Pemilik bisnes pula semakin kretif dalam mempromosikan perniagaan mereka ditambah lagi dengan kemajuan teknologi terkini. Menyebarkan maklumat tentang kewujudan produk dan servis anda kepada orang ramai sekarang ini adalah jauh lebih mudah disebabkan oleh Internet.
Kelahiran Internet atau WWW (World Wide Web) telah mewujudkan satu alat yang paling berguna dan inovatif untuk mana-mana jenis perniagaan. Ianya menyediakan jalan komunikasi yang lebih mudah di antara para pengguna Internet dari seluruh dunia. Selain itu, Internet juga membuka jalan untuk perkongsian maklumat, idea, konsep dan apa-apa sahaja di antara para pengguna Internet, tidak kira dari mana asal mereka atau di mana mereka berada.
Salah satu cara untuk berkomunikasi di Internet adalah melalui emel. Anda boleh menghantar apa-apa sahaja kepada sesiapa pun melalui emel. Syarikat atau pemilik perniagaan menggunakan alat pemasaran ini untuk menyebarkan maklumat tentang produk atau servis mereka kepada seberapa ramai pengguna Internet yang termampu.
Dari situlah munculnya pemasaran emel secara pukal. Pemasaran emel pukal boleh mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Ada orang yang merujuknya sebagai satu cabang pemasaran - mass marketing, direct marketing atau opt-in list untuk sesebuah produk atau sesuatu servis kepada lebih dari seorang prospek melalui emel. Ini adalah dari perspektif pemilik bisnes merangkap penghantar emel promosi.
Bagaimanapun, kebanyakan orang (yang menerima emel promosi) merujuk pemasaran emel itu sebagai SPAM. Perkataan SPAM telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada emel-emel yang tidak dijemput atau dikehendaki oleh si penerima. Untuk pemasaran emel pukal, SPAM merujuk kepada emel sampah.
Emel-emel komersial mempunyai manfaat tertentu kepada penghantar dan penerimanya. Bagaimanapun, banyak syarikat atau penghantar emel yang menyalahgunakannya. Boleh dikatakan semua emel komersial sekarang ini dilabelkan sebagai spam walaupun ianya mengandungi maklumat yang sah dan berguna.
Inilah sebabnya kenapa pemasaran emel pukal boleh membahayakan bisnes anda. Satu sahaja emel dari anda dianggap spam maka semua alamat emel perniagaan anda akan disekat oleh penyedia perkhidmatan emel seperti Yahoo!, AOL dan MSN. Lebih teruk lagi, laman web anda ada kemungkinan akan disekat oleh enjin carian atau dibuang terus oleh penyedia web hosting anda.
Majoriti ISP, host-host dan enjin carian begitu memusuhi emel-emel spam. Para penyepam yang dianggap penyepam telah menyebabkan para pengguna mereka berada dalam kesusahan dan merugikan bandwidth mereka. Itulah sebabnya kenapa mereka begitu tegas dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki penyepam.
Berdasarkan maklumat ini, maka ada baiknya anda berfikir dua kali sebelum menghantar emel secara pukal kepada orang ramai. Mungkin anda boleh membeli senarai emel dari pihak-pihak tertentu yang menjanjikan kepada anda pulangan yang lumayan hasil dari menghantar emel promosi kepada list tersebut. Tetapi fikirkannya sekali lagi. Mungkin pihak-pihak tertentu ini mempunyai niat untuk mengebas wang anda? Siapa tahu.
Lebih baik anda cari jalan lain untuk mempromosikan produk atau servis anda. Anda boleh melakukannya berdasarkan konsep pemasaran emel pukal tetapi ada perbezaannya. Anda hanya menghantar emel-emel komersial anda kepada mereka yang sudah bergelar pelanggan anda.
Anda boleh hasilkan emel follow-up, kemudian masukkan maklumat atau promosi tentang produk anda yang lain yang mana mereka mungkin mempunyai minat terhadapnya. Setelah itu anda boleh meminta mereka mendapatkan referral yang juga berminat terhadap produk anda tersebut. Dengan ini promosi anda akan lebih selamat dan sah. Jika ada di antara mereka yang menuduh anda melakukan spam, anda boleh membuktikan mereka salah dengan menunjukkan bukti-bukti yang anda dan mereka mempunyai hubungan sebagai peniaga dan pelanggan. Bukti-bukti tersebut boleh jadi dalam bentuk resit pembelian atau emel dari mereka.
Jika anda baru memulakan bisnes dan belum mempunyai database pelanggan, anda boleh gunakan cara selain dari menghantar emel pukal untuk mengiklankan bisnes anda itu. Jika tidak anda ada kemungkinan kehilangan bisnes yang baru sahaja ingin dijalankan.
Terdapat banyak cara untuk mempromosikan produk atau servis anda di Internet. Anda perlu kretif dan imaginatif. Pemasaran dan pengiklanan adalah antara faktor kegagalan sesebuah perniagaan. Pastikan anda menonjolkan bisnes anda dengan profesional, sekali sahaja anda dianggap melakukan spam, maka masa depan bisnes anda akan gelap selamanya.
Berilah… pasti anda akan dapat lebih dari yang anda berikan..
Saya ingin berkongsi satu tips untuk menanmbah kekayaan anda... tips ini saya sendiri pernah alami... sperti tajuk di atas.. berilah (dalam kata lain bersedekahlah)
Ya... betul, saya sendiri mengalaminya.. waktu duit tengah tiada sedekahla sedkit dari duit yang ada pada kita kepada sesiapa yang memerlukan.. Insyallah, Dia Maha Kaya.. dia akan gantikan duit kita itu berkali ganda.. Apabila kita sentiasa memberi, hati kita tenang, seronok terutama kita memberi kepaada anak-anak kecil. Mereka ini suci dari dosa.. Lihat wajah mereka waktu terima duit, ceria kan.. pasti mereka mengucapkan terima kasih walaupun mereka tidak bersuara... (kadang-kadang mereka tak tahubagaimana nak ucapkan)... harap wajah ceria mereka itu diberikan juga pada kita.
Saya ingin cerita satu pengalaman sebenar sifat kedekut saya dekat Hentian Puduraya 3 tahun lepas tak silap saya. Sewaktu saya melalui jalan nak ke hentian puduraya, saya melintasi sorang pakcik yang meminta sedekah.. dalam hati saya berkata kenapala pakcik ni minta sedekah sedangkan badan sihat.. ah, tak payah bagi pun takpe.. saya pun terus ke hentian puduraya. Selepas pergi ke kaunter beli tiket nak balik JB (sekarang saya dah duduk di Shah Alam), ada sorang datang tegur saya dan bersembang.. last dia minta duit RM18 untuk tambang bas saya terus bagi tanpa banyak soal RM50. (sedangkan dia minta Rm18 je). Lepas 5 minit berlalu saya baru perasan terfikir. "kenapa aku terus bagi dia RM50 sedangkan dia minta RM18 je??" Saya bukak balik dompet duit hanya tinggal dalam 2 - 3 ringgit je..Nasib baik tiket dah beli.
Dalam bas.. saya berfikir balik kenapa kenapa mudah sangat saya berikan duit tersebut?? Fikir punya fikir baru la teringat yang saya tak bagi duit kat pakcik yang minta sedekah tadi tambah pulak siap kutuk lagi dalam hati.. itu la balasannya.. Cash Allah ambik RM50..
Moral of the story... bersedekahla.. jika anda tak mahu bagi.. diam-diam sudah.. jangan kata atau fikir apa-apa pun.. tapi jika anda anda duit sedekahla.. berila sedikit pada yang lain... anda tak rugi. SELAMAT BERSEDEKAH
Pengeluaran Wang Paypal melalui Maybank
Ramai yang bertanya pada saya bagaimana ingin mengeluarkan wang di paypal...
Kini untuk mengluarkan wang di paypal cukup mudah. Dulu untuk keluarkan wang perlu ada kad debit public bank atau al rajhi... sekarang hanya terus masuk ke akaun maybank pun sudah boleh.. dalam 3-4 hari duit sudah berjaya dipindahkan ke dalam akaun maybank atau bank anda yang lain tanpa ada apa-apa cas jika pengeluaran melebihi RM400.
Di sini, saya ingin berkongsi pengalaman saya saya mengeluarkan wang di paypal melalui maybank... sungguh mudah kan???
Ni proses pengeluaran wang paypal yang saya buat pada 10 Mei 2010. Saya keluarkan RM800 daripada akaun paypal saya.
Proses pengeluaran telah berjaya dilakukan. Status sekarang pending kerana wang RM800 tersebut belum lagi diterima masuk ke akaun maybank saya. Bila duit sudah masuk statusnya akan bertukar ke complete ke sucsessful ke.. hehehe tak pastila ayat apa yang dia guna..
Selepas 3 hari duit telah berjaya masuk dalam maybank saya RM800 (tanpa ada apa-apa cas)
Download ebook Laporan Panas dengan PERCUMA!!!
Salam... BERITA HANGAT!!!
Setelah hampir 2 bulan ebook ini tertangguh.. semalam saya sudah uploadkan di web ebook pertama saya yang menceritakan bagaimana saya membuat duit sampingan di internet.
.. tips-tips yang saya gunakan ada saya ceritakan di sini.... yang bestnya ia PERCUMA je saya bagi..
Semua orang boleh tiru cara ini... mudah... tp kalau anda dah jana beribu-ribu di internet tak perlu la ikut cara ni...
BERMINAT?? Boleh download di sini atau klik pada gambar
Dah baca.. jangan lupa bagi komen di sini ya
Beckup plan…
bekup plan
Sebenarnya saya baru data dalam blog saya baru sahaja hilang akibat hosting diserang oleh malware (mengikut kata hosting provider). Semua tulisan saya sebelum ini hilang sebelum sempat saya buat beckup data... penat-penat buat hilang pulak.. adus...
Ni la perlunya kita membuat beck up untuk semua kerja-kerja kita termasuk dalam bidang bisnes...
Tujuan beckup plan ni salah satunya untuk mengelakkan kita membuat kerja yang sama 2 kali... lagi satu idea kita yang pertama tadi mungkin tak sama untuk idea yang ditulis kali ke 2 ni..
Saya ada tulis satu ebook yang menceritakan bagaimana saya menjana RM1,000 lebih secara online... ebook ni pun hampir-hampir hilang gara-gara saya terlupa untuk men'copy' dalam pendrive sewaktu ingin mem'format' notebook...
ini sahaja perkongsian saya untuk kali ini... jangan lupa dapatkan ebook saya nanti ya
Saya tengah update ebook itu sikit lagi...


