Saya ingin berkongsi satu tips untuk menanmbah kekayaan anda… tips ini saya sendiri pernah alami… sperti tajuk di atas.. berilah (dalam kata lain bersedekahlah)

Ya… betul, saya sendiri mengalaminya.. waktu duit tengah tiada sedekahla sedkit dari duit yang ada pada kita kepada sesiapa yang memerlukan.. Insyallah, Dia Maha Kaya.. dia akan gantikan duit kita itu berkali ganda.. Apabila kita sentiasa memberi, hati kita tenang, seronok terutama kita memberi kepaada anak-anak kecil. Mereka ini suci dari dosa.. Lihat wajah mereka waktu terima duit, ceria kan.. pasti mereka mengucapkan terima kasih walaupun mereka tidak bersuara… (kadang-kadang mereka tak tahubagaimana nak ucapkan)… harap wajah ceria mereka itu diberikan juga pada kita.

Saya ingin cerita satu pengalaman sebenar sifat kedekut saya dekat Hentian Puduraya 3 tahun lepas tak silap saya. Sewaktu saya melalui jalan nak ke hentian puduraya, saya melintasi sorang pakcik yang meminta sedekah.. dalam hati saya berkata kenapala pakcik ni minta sedekah sedangkan badan sihat.. ah, tak payah bagi pun takpe.. saya pun terus ke hentian puduraya. Selepas pergi ke kaunter beli tiket nak balik JB (sekarang saya dah duduk di Shah Alam), ada sorang datang tegur saya dan bersembang.. last dia minta duit RM18 untuk tambang bas saya terus bagi tanpa banyak soal RM50. (sedangkan dia minta Rm18 je). Lepas 5 minit berlalu saya baru perasan terfikir. “kenapa aku terus bagi dia RM50 sedangkan dia minta RM18 je??” Saya bukak balik dompet duit hanya tinggal dalam 2 – 3 ringgit je..Nasib baik tiket dah beli.

Dalam bas.. saya berfikir balik kenapa kenapa mudah sangat saya berikan duit tersebut?? Fikir punya fikir baru la teringat yang saya tak bagi duit kat pakcik yang minta sedekah tadi tambah pulak siap kutuk lagi dalam hati.. itu la balasannya.. Cash Allah ambik RM50..

Moral of the story… bersedekahla.. jika anda tak mahu bagi.. diam-diam sudah.. jangan kata atau fikir apa-apa pun.. tapi jika anda anda duit sedekahla.. berila sedikit pada yang lain… anda tak rugi. SELAMAT BERSEDEKAH :)