Salam…

Sudah lama saya tak update blog saya ini kerana ada sedikit kerja yan perlu dibereskan.. Kali ini saya ingin berkongsi pegalaman saya di mana tempat dan bagaimana untuk memulakan tempat menjual produk-produk fizikal di internet. Ramai rakan dan sahabat saya selalu tanya saya, “macam mana nak buat meniaga kat internet?” “susah ke nak berniaga online?” dan macam-macam lagi.. Penat nak menjawabnya. Dah jawab tapi tak pulak nak buat.

1. Lelong.com.my

Ini tempat di mana boleh dikatakan hari-hari saya mendapat “duit gaji” .  Untuk mula berniaga di lelong amat mudah. Anda hanya perlu daftar sahaja (percuma) dan boleh terus menjual. Cuma jika anda inginkan iklan anda mudah mendapat perhatian, ada sedikit bayaran dikenakan. Bayaran ini hanya sekali sahaja setiap posting, tetapi untung yang dijana berkali-kali.

Untuk permulaan, anda boleh mula membeli dulu di sana. Supaya anda dapat membiasakan diri di lelong sebelum mula menjual.

Lelong mempunyai hampir atau melelebihi  1,000,0000 (1 juta)  atau lebih orang yang mengunjung setiap bulan. Bayangkan anda membuka kedai di tempat yang ramai orang, mudah tak produk anda untuk dijual berbanding membuka kedai di tempat yang jarang-jarang orang datang. (lain la kalau jual dadah.. heehehe)

Jika anda ingin mendapatkan bekalan produk-produk kesihatan lelaki & wanita boleh lihat di link ini www.pakarlelaki.com/agen

2. ebay.com.my

Ini satu lagi tempat sama juga seperti di lelong.com.my. tapi di Malaysia agak kurang meriah berbanding di luar sana seperti US dan Kanada. ebay juga mempunyai satu komuniti pembeli yang agak besar. Jika anda ingin menjual produk fizikal ke luar negara, cubalah berjinak0jinak dengan ebay.com , ebay.com.au, ebay.com.ca dan sebagainya. Saya ada rakan yang menjual produk ke sana, memang sambutan agak meggalakkan. Di Malaysia sendiri ramai yang telah menjana puluhan ribu ringgit setiap bulan dengan berniaga di ebay seperti Shahraduan (anda boleh search beliau di google)

3. Mudah.my

Mudah.my sudah mula mendapat perhatian di kalangan pembeli dan penjual di Malaysia. Anda boleh juga menjual di sana. Semuanya PERCUMA. Mana ada tempat boleh kita jua produk dengan tanpa sewa?? Tumpang letak pun kene bayar sedikit komisyen. Saya pernah menjual hanset di sini.

Di sini ada orang beraya menjual rumah, kereta, motorsikal yang berharga ratusan ribu ringgit dengan mudah (nama pun mudah :) ). tapi harus diingat, ia tidak semudah letak dan tinggal.

Tapi di mudah.my ini, produk berbentuk kesihatan, herba, makanan dan sebagainya tidak dibenarkan sama sekali.

Untuk panduan berniaga di mudah, ada seorang yang amat berpengalaman menjual produk-produk di sana berkongsi cerita Bagaimana Cara Mudah Menjana Pendapatan di Mudah.my. Anda boleh klik di sini http://dot-my.com/

Ayuh, jangan bertangguh. Terus mulakan sekarang. Tempat dah ada.