Assalamualaikum & Salam sejahtera
Sudah begitu lama saya tak berupdate di blog ni.. maklumla lepas raya ni busy sikit.. Ruma terbuka sana sini.. hehehe.. Macam YB pulak. Hari ni saya ingin share sedikit mengenai paypal sebagai pemproses kad kredit. (betul ke saya tulis ni?? takpela. janji pembaca paham apa yang ingin saya sampaikan.. itu yang penting)
Maksud saya kita guna paypal sebagai medium penerimaan bayaran (selain bank-bank tempatan) daripada pelanggan kita yang membayar mengunakan kad kredit. Nak sewa mesin kad kredit dari bank tak mampu.. mahal tuu.. saya pernah tanya sorang tokey kedai baiki kereta.. dia cakap bank cas 2.8% dari setiap bayaran + kene bayar sewe lagi..tapi dengan paypal ni. free monthly. bayar cas sahaja tu pun ada terima duit baru ada cas).. nak tengok cas paypal https://www.paypal.com/my/cgi-bin/webscr?cmd=_display-fees
Ni cas pengeluaran duit dari akaun paypal. Saya biasa keluarkan RM400 ke atas sebab FREE cas.
https://www.paypal.com/my/cgi-bin/webscr?cmd=_withdraw-funds&nav=0.2
Saya sendiri sudah terima keluarkan lebih kurang RM7500 (sudah saya keluarkan dari paypal akaun ke maybank akaun saya) dalam masa setahun dari November 2009 hingga October 2010.
Tengok.. RM7500 tu bagi saya memang banyak. walaupun jarang-jarang pelanggan bayar menggunakan kad kredit tapi sekali guna jangan terkejut.. ada yang bayar sampai setengah ribu (lebih kurang RM580) guna kad kredit. Ni saya baru dapat semalam
Jika tak guna kad kredit kemungkinan saya tak dapat belian dari customer ni. Ye la guna kad kredit ni amaun Rm1000 pun nampak sikit. tapi kalau guna cash RM100 pun dah rasa banyak kan? Cuba fikir jika anda tidak letak kad kredit sebagai medium bayaran.. berapa yang anda rugi??
Pesan saya, jangan takut untuk menggunakan perkhidmatan paypal ni.. Saya tak pernah lagi tidak dapat keluarkan duit dari paypal ni.
Nak tahu bagaimana nak letak button bayaran melalui kad kredit / paypal ni di website anda?? sebenarnya amat mudah. Nanti saya bagi.. nak relak2 jap sambil packing barang customer. siang nanti dah tak sempat. Anak yang berumur 1 tahun 9 bulan tu nak join ‘packing’ same. hehehe..