Salam..

Dah lama saya tak update…

hari ni saya nak kongsi mengenai penyedia webhosting untuk web anda. Pilih la webhosting yang terbaik dan mempunyai support yang cukup cekap jika hosting anda ada masalah.

Saya sendiri dulu pernah hilang 1 domain name dan website disebabkan penyedia hosting penipu gara-gara nak mencari yang murah. Web jualan saya tersebut telah menjana keuntungan lebih RM1000 sebulan. Ye la, saya sudah banyak labur modal (pengiklanan) untuk menaikkan rangking web tersebut. Cukup setahun  website tak boleh nak renew. Memang amat frust aka kecewa. Nak buat semula bukan mudah. Makmlumla bukannya reti sangat bab2 website masa tu. Belajar try n error hampir 6 bulan baru siap.

Tips memilih hosting

1. Lihat testimoni pelanggan mereka

2. Cuba check (guna whois) laman-laman web ineternet marketer yang lain yang telah lama, penyedia hosting mana yang mereka guna.

3. Cuba buat pertanyaan (apa-apa je) kat sistem support. Tengok berapa lama masa yang mereka ambil untuk menjawab soalan. Jika ada no phone lagi baik.

4. Pilih penyedia hosting dari syarikat sdn bhd. (mahal la sikit, tapi amat berbaloi)

Sekian dulu perkongsian saya hari ini.